SEKOLAH KAMI SEKOLAH CEMERLANG...DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN

Thursday, July 21, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan

Larian satu murid 1 sukan telah diadakan pada 2hb Julai 2011 di SKSC.Acara larian bermula pada 7.30 pagi.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.Selain acara larian, program senamrobik, pertandingan bola jaring dan pertandingan bola sepak turut diadakan.









Sukan SkSc 2011

Kejohanan Sukan Tahunan SK SUNGAI CHOH 2011 telah berlangsung pada hari Ahad, 26 Jun 2011 yang lalu.Majlis bermula pada 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh YDB Azli Bin Din. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama membantu kelancaran bagi semua acara pada hari tersebut. Berikut adalah keputusan bagi acara yang dipertandingkan:

Tempat Pertama : RUMAH HIJAU (PERWIRA)
Tempat Kedua : RUMAH MERAH (PAHLAWAN)
Tempat Ketiga : RUMAH KUNING (PENDEKAR)
Tempat Keempat : RUMAH BIRU (PANGLIMA)