SEKOLAH KAMI SEKOLAH CEMERLANG...DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN

Tuesday, February 20, 2018




SEJARAH SEKOLAH

Dibuka pada 1 Februari 1947 dan dirasmikan pada
2 Februari 1947. Terbinanya sekolah ini atas usaha
Tuan Hj Abas bin Hj Musa yang menyatupadukan
penduduk kampung tanpa bantuan pihak kerajaan.

Bangunan asalnya adalah bangunan separuh binaan
yang dianyam dari pelepah, berlantaikan simen
separuh tanah dan beratap nipah dan
dikenali sebagai sekolah atap.

Pada tahun 1951, kerajaan membina bangunan
yanglebih kukuh dan siap sepenuhnya
pada tahun 1952.
Ianya telah dirasmikan oleh YM Tengku Badli Shah,
Wakil kepada DYMM Sultan Selangor.

Pada 1 Januari 1965, sekolah ini menempa sejarah
apabila kelas menengah dibuka pada sesi petang
sehingga tahuin 1976. Bekalan elektrik mula diterima
oleh sekolah ini pada 6 Julai 1967 seiring dengan
terbinanya bangunan tambahan.
Sebuah kantin juga dibina pada 1972.

Sekolah Kebangsaan Sg Choh termasuk sebagai
sekolah yang dinaiktaraf dalam Projek Pembinaan
Bangunan Sekolah Tiga Tingkat dalam
Rancangan Malaysia ke 4 yang dimulakan pada
tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada tahun 1983.



FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN   KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI  POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MENWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN  JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH      BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU      PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA,  BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN  DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN  MASYARAKAT DAN NEGARA

PIAGAM PELANGGAN

  • MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG KEPADA PELANGGAN KAMI (MURID-MURID) DAN MENDIDIK BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI. 
  • BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN SEMUA MURID BOLEH BELAJAR DALAM SUASANA YANG SIHAT DAN  SELESA.
  • MEMASTIKAN SEMUA  MURID DIBERI PELUANG UNTUK MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM  YANG BERFAEDAH. 
  • MENYEDIAKAN IKLIM PEMBELAJARAN DAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG KONDUSIF DAN HARMONIS 
  • MENYEDIAKAN MURID UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI.
  • MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP, BIJAKSANA DAN PENYAYANG.


VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN

TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

 MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK               

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU

BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

 MOTO

"SEKOLAH KITA SEKOLAH CEMERLANG"


LENCANA SEKOLAH

OBOR
Sebagai penyuluh untuk menerangi kegelapan
setelah ilmu pengetahuan penuh di dada,
masa depan murid akan cerah.


BUKU
Gedung ilmu. Setiap murid yang semakin rajin
membaca dan berdamping dengan buku,
semakin banyak ilmu akan diperolehi


GELUNG 3 BERANGKAI
Melambangkan perpaduan antara murid
yang sentiasa dipupuk melalui kegiatan
sukan dan permainan


WARNA HIJAU
Didikan dan bimbingan yang sempurna
Akan melahirkan jiwa yang subur
Sepertimana daun pokok yang hijau


WARNA KUNING
Cahaya harapan yang akan menerangi
Kehidupan murid-murid di masa hadapan


2 JALUR MERAH
Semangat keazaman yang kukuh,
Semangat ketekunan yang bersungguh-sungguh


3 JALUR KUNING

Melambangkan cogankata BERUSAHA, MAJU DAN JAYA


JALUR KUNING BERSELANG HIJAU
Jiwa yang subur dengan harapan yang tinggi
untuk mencapai cita-cita


Hubungi Kami:

                                    SEKOLAH KEBANGSAAN SG CHOH 
                                    KAMPUNG SUNGAI CHOH,
                                    48000 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN
                                    TEL : 03-6091 8661          
                                    FAKS : 03-6091 8661

                                    EMAIL : BBA5004@moe.edu.my